Drama Melarik Awan Di Slot Azalea TV3

sinopsis drama melarik awan

Sebuah drama bersiri baru telah pun menemui anda bertajuk Melarik Awan menerusi slot Azalea di TV3.

Menampilkan pelakon seperti Dayana Roza, Shiqin Kamal, Anne Abdullah, Aizat Hassan, Ammar Titan, Zulkifli Ismail dan Sheila Mambo.

Ksah bermula apabila Fatihah diuji dengan kematian ibunya kerana penyakit barah. Fatihah terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran kerana tidak mahu membiarkan ayahnya, Harun bersendirian.

Sejak itu, Zaiton mula mendekati Harun dan mula menerima kehadiran Zaiton walaupun Harun telah berjanji kepada Fatihah tifak akan menduakan arwah ibunya.

melarik awan

Fatihah agak sukar menerima kenyataan bahawa dia akan menerima seorang ibu tiri dan akan menjadi akak tiri kepada Areya. Areya sering bersikap jahat kepada Fatihah.

Rupanya selama ini, Zaiton menaruh hati pada Harun. Zaiotn juga nekad untuk mendaptkan Harun sehingga menggunakan bomoh.

Fatihah diuji lagi apabila ayahnya kemalangan sehingga lumpuh dan ditakdirkan ayahnya meninggal dunia tak lama selepas itu.

Zaiton mula menunjukkan sikap yang sebenarnya. Dia menghalau Fatihah dari rumah dan menjual rumah itu kepada Rayyan yang ingin membeli tanah Harun.

Malah Zaiton juga melemparkan pelbagai fitnah terhadap Fatihah sehingga Rayyan sangat membenci Fatihah. Namun begitu, ibubapa dan Haziq, adik Rayyan sahaja yang baik terhadap Fatihah.

Fatihah juga terpaksa menjadi orang gaji dirumah Rayyan. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan lupa saksikan drama menarik ini yang disiarkan bermula 9 September, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 4 petang.

Drama Melarik Awan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd yang diarahkan oleh Along Kamaludin dan penuis skrip oleh Jaya Satria. – sumber budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments