Filem Animasi The Boxtrolls Kisah Antara Dua Darjat

The Boxtrolls

Sebuah filem animasi terbaru daripada Graham Annable dan Anthony Stacchi bertajuk The Boxtrolls. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel Here Be Monster.

The Boxtrolls mengisahkan Eggs, anak yatim yang dibesarkan dalam keluarga pengutip sampah. Eggs hidup dibawah tanah.

Mereka digelar sebagai the boxtrolls dan menjadi sasaran Archibald Snatcher, musuh utama mereka. Eggs harus menyelamatkan keluarganya dari musuh tersebut.

Filem ini mengetengahkan kisah antara dua darjat. Kisah orang kaya Archibald Snatcher yang hidup mewah dan menikmati makanan yang lazat.

Manakala Eggs pula tinggal dibawah tanah, kerja mengutip sampah dan dipandang hina oleh penduduk di atas tanah yang dinamanakn sebagai Cheesebridge.

Filem ini menggunakan suara Issac Hempstead-Wright, Ben Kingsle, Simon Pegg, dan Elle Fanning.-kredit Sinar Harian

Bagi anda, jangan lupa saksikan filem animasi menarik ini yang mempunyai banyak pengajaran di pawagam berdekatan. Selamat menonton.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments