Kami Tuan Rumah Ungguli Liga Lawak Superstar

Liga Lawak Superstar musim 2 (LLS2) menyaksikan persembahan Kami Tuan Rumah yang dianggotai Achok ‘Mmmmm’, Zoey Rahman dan Mirul mengungguli saingan kumpulan A apabila mengutip markah sebanyak 57 peratus hasil kelebihan mata yang diberikan juri awam dan undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Kami Tuan Rumah - Liga Lawak Superstar 2014

Malam pembukaan kumpulan A juga menyaksikan tiga lagi persembahan mantap daripada kumpulan Kristal Maya (Shah Tapaw, Erry Putra & Haziq), Plan Bro (Isey Titan, Talha Harith & Azizi) dan Jiwa Kiut (Chiwan ‘Mmmmm’, Aepul ‘Drama Band’ & Syafiq) memberikan yang terbaik di dalam permainan yang diberikan pada malam tersebut.

Antara permainan yang dipersembahkan adalah – jampi, catu perkataan, sketsa mendahi, meniru gaya (tanpa mendengar perbualan) dan sesi karaoke.

21 September hadapan pula bakal menghiburkan anda dengan persembahan pertama bagi kumpulanB yang disertai Melodrama (Izu ‘Kepoh’, Zulin Aziz & Ain), Boomerang (Zack ‘Ooooo’, Leez Rosli & Arfan), Muka Cari Makan (Pian ‘Kepoh’, Naz Rahman & Uncle Jo), dan kumpulan Ohsem (Ammar ‘Titan’, One ‘Sofazr’ & Danial Hasif).

Adakah mereka lebih bersedia kerana mempunyai kelebihan berlatih lebih lama?

Saksikan Liga Lawak Superstar musim 2 setiap hari Ahad jam 9.00 malam eksklusif di TV3.

Berita baik buat para penonton di rumah, anda juga boleh menyertai sebuah peraduan menghantar video berdurasi 1 minit mengenai cara memainkan permainan lucu berdasarkan contoh video yang akan diberikan.

Setiap video juga harus dilengkapkan dengan penerangan ringkas bertulis tentang bagaimana permainan itu boleh dimainkan.

Para penonton boleh mula menghantar video tersebut untuk disenarai pendek sebelum 2 November menerusi pos, email pautan atau mendaftar di www.tv3.com.my/ligalawak.

Hadiah menarik bakal menanti anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments