Kembara Bakal Kembali Dalam Konsert Hati Emas Kembara

kumpulan kembara

Setelah hampir 30 tahun, kumpulan penyanyi popular zaman 80-an, Kembara kini kembali di dalam Konsert Hati Emas Kembara yang diadakan pada 21 hingga 23 November depan bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.

Kembara dianggotai oleh M Nasir, Zoul, A.Ali dan S.Sahlan. selain Cheman, Md Shah dan Shahrom.

Kembara pernah merakamkan tujuh buah album. Album terakhir mereka adalah pada tahun 1986 bertajuk Kembara Seniman Jalanan.

Ujar M Nasir, idea untuk mengadakan konsert tersebut datang selepas kejayaan Konsert Ekspress Rakyat yang diadakan di Singapura tahun lalu mendapat sambutan dari peminat.

Selain itu juga, tambah M Nasir, Kembara juga dalam proses merakamkan album baru dan akan dilancarkan sebelum konsert tersebut diadakan.

Luncai Emas Sdn Bhd merupakan penerbit bagi Konsert Hati Emas Kembara dengan kerjasama Celcom Axiata Berha.

Kembara juga bakal melancarkan buku biografi tentang sejarah kumpulan mereja bagi rujukan generasi akan datang. Sumber – Mstar Online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments