Kisah Hidup Bermadu Dalam Selamat Pengantin Madu

selamat pengantin madu

Sebuah drama bersiri baru telah menemui penonton bermula semalam bertajuk Selamat Pengantin Madu.

Menampilkan pelakon seperti Fasha Sandha, Eina Azman, Aiman Hakim Ridza, Ieda Moin, Kuza dan Falisha Crossley.

Drama ini mengisahkan Hana yang hidup bahagia dengan suaminya, Zulkifli tiba-tiba mengalami musibah apabila muncul orang ketiga dalam hidup mereka. Ditambah orang ketiga tersebut merupakan madunya.

Hana seorang isteri yang menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya. Hana juga telah memiliki dua orang anak iaitu Isya dan Shafik. Mereka hidup mewah kerana Zul memegang jawatan yang tinggi di sebuah syarikat swasta.

Apabila Hana mengetahui dirinya dimadukan, dunia Hana gelap seketika. Hana cuba mencari kekuatan dan menempuh ujian tersebut dengan sabar.

Kedua anak-anak Hana pula tidak boleh menerima kenyataan bahawa Ayah mereka telah menduakan ibunya.

Madunya, Masmira pula menginginkan perhatian dan cuba memiliki Zul sepenuhnya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Jangan lupa saksikan Selamat Pengantin Madu pada setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam di TV3.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments