Liga Lawak Superstar – Muka Cari Makan Tunjuk Taring

Kumpulan Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian (Kepoh) dan Uncle Jo mendahului carta liga kumpulan B Liga Lawak Superstar dengan jumlah 67 markah.

Uncle Jo, 52 yang merupakan peserta tertua dalam musim ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kumpulan mereka mendominasi saingan pertama kumpulan B.

Liga Lawak Superstar - Muka Cari Makan
Mendapat tempoh persediaan yang lebih lama berbanding kumpulan A, ternyata persembahan kumpulan B dilihat lebih konsisten dan cemerlang memainkan situasi yang diberikan pengacaranya, Afdlin Shauki dan Adibah Noor.

Selain Muka Cari Makan, kumpulan Ohsem yang disertai Ammar (Titan), One (Sofazr) dan Danial Hasif hanya mampu mengutip sebanyak 56 markah diikuti rapat oleh kumpulan Melodrama yang satu-satunya kumpulan dengan dua peserta wanita iaitu Zulin Aziz dan Ain selain Izu (Kepoh) dengan 55 markah.

Masih cuba mencari keserasian, antara yang dikenalpasti menjadi penghalang kepada Leez Rosli, Zack (Ooooo) dan Arfan untuk bersinar sebagai pasukan pilihan.

Menurut Erma Fatimah

Apa yang saya lihat kebanyakan peserta tidak memahami arahan yang diberikan dan cenderung melakukan perkara lain daripada yang sepatutnya. Namun saya melihat persembahan minggu ini lebih baik berbanding minggu lepas kerana peserta kumpulan B dilihat lebih bersiap sedia.

Harapan saya kepada kumpulan A untuk episod hadapan adalah mereka bakal lebih fokus dan memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada setiap permainan yang bakal diberikan.

Turut dijemput sebagai juri profesional disamping Erma Fatima dan Khir Rahman adalah pelakon hebat, Namron.

Beberapa permainan yang harus dipersembahkan oleh para peserta LLS2 kali ini adalah sketsa mengecut, suara kecil, lawatan galeri seni, dan bonekarama. Manakala permainan karaoke Uncle Loke pula lebih mencabar apabila para peserta yang dikurung di dalam ruang khas terpaksa dilumuri ulat yang menggelikan sebagai denda jika lagu tidak dinyanyikan dengan sempurna.

Dalam perkembangan sama, Afdlin Shauki turut mengumumkan beliau bakal mengerjakan haji dan tidak dapat bersama penonton selama empat minggu.

Mungkinkah bakal ada pengacara jemputan undangan bagi menggantikan beliau? Semuanya bakal terjawab minggu hadapan.

28 September hadapan pula, kita bakal melihat kumpulan A memberikan saingan semula. Adakah mereka bakal lebih bersedia untuk membuatkan para penonton bergelak ketawa?

Saksikan Liga Lawak Superstar musim 2 setiap hari Ahad jam 9.00 malam eksklusif di TV3 dan ulangannya pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments