Mon Ryanti Pilih Kawan Abang Jadi Suami

Mon Ryanti bakal bernikah pada 12 September ini dengan kekasih pilihan hati, Mohd. Hasrul Ali, 26, di Johor Bahru.

Kesibukan dan debaran menjelang hari bahagianya tidak dapat disembunyikan.

Saya berdebar sangat sampai tidak tahu apa perasaan saya ketika ini. Sebab saya merupakan anak pertama daripada tiga adik-beradik yang berkahwin.

Abang dan adik saya belum berkahwin.

Jadi, debaran sangat dirasai. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya walaupun persiapan sudah siap keseluruhannya.

Beliau telah mengikat tali pertunangan enam bulan yang lalu dan mengumumkan bakal berkahwin dalam tahun yang sama, ramai yang terkejut dengan keputusannya.

Bukan tidak gembira dengan berita tersebut tetapi dirasakan satu kerugian buat Mon berkahwin dalam usia yang muda walhal kerjayanya sedang meningkat naik.

Lain pula buat tuan empunya badan.

Baginya jodohnya sudah tiba dan tidak ada yang merugikan untuk dia mengambil keputusan menamatkan zaman bujang bersama lelaki yang dikenalinya sejak dua tahun yang lalu.

Jodoh saya sudah tiba. Saya dilamar oleh lelaki yang saya sayang, jadi saya tidak nampak sebarang kerugian di situ. Walaupun saya akui usia kami berdua agak muda iaitu 26 tahun, tetapi itu hanyalah angka.

Walaupun bakal suami sebaya tetapi dia sangat matang dan kami berdua sudah bersedia untuk berkahwin. Soal kerjaya, saya percaya rezeki di tangan Allah.

Tidak semestinya sudah berkahwin nanti, saya tidak laku. Saya lihat ramai pelakon yang berkahwin tetapi masih aktif sehingga hari ini.

Lagipun bakal suaminya mengizinkannya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.

pertemuan mereka berdua sungguh lucu kerana Hasrul merupakan rakan kepada abangnya dan menyangka Mon merupakan kekasih abangnya.

Pertemuan Kali Pertama

Pada mulanya Hasrul ingat beliau adalah kekasih abangnya dan tidak tahu langsung yang dia sebenarnya seorang pelakon. Detik perkenalan bermula apabila Hasrul membeli kuih raya daripadanya.

Sejak itu mereka mula rapat.

Hasrul melamar saya pada penghujung Februari lalu ketika dalam kereta. Waktu itu kami ingin keluar makan. Saya sungguh terkejut, dua hari saya ambil masa untuk fikir sebelum menerima lamarannya.

Alhamdulillah, tidak lama lagi kami akan disatukan.

Prosesnya sangat cepat dan saya sendiri tidak sangka tetapi saya percaya sudah sampai jodoh kami berdua.

Kredit Gambar : Buah Mulut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments