Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Bersalin Anak Kembar

nurul syuhada nurul ain

 

Tahniah buat bekas pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain yang telah pun selamat melahirkan bayi kembar semalam.

Nurul memberitahu bayi kembarnya adalah seorang lelaki dan seorang perempuan. Kelahiran seorang bayi dilahirkan normal manakala seorang lagi secara pembedahan.

Nurul Syuhada Nurul Ain telah mendirikan rumahtangga dengan Raja Amir Raja Shah pada Julai 2011 yang berlangsung di Binjai On The Park, KLCC.

Tahniah diucapkan sekali lagi buat Nurul dan pasangan. Semoga kehadiran bayi kembar itu menambahkan lagi kebahagiaan buat mereka.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments