Payslip Lancar Single Sulung di Spotify

Payslip Syurga Sang Pencinta
Kumpulan Payslip membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 4 orang anak muda.

Payslip merupakan gabungan dua beradik iaitu Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass dan Mohd Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum.

Hasil daripada darah seni yang mengalir dalam tubuh anak-anak muda ini, mereka mengikut jejak langkah ahli keluarga yang turut meminati muzik sejak kecil lagi.

Dan kini, Payslip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan single sulung di Spotify.

Info lanjut anda boleh baca di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments