Pelancaran Album Sulung Karmal – Appreciate

Showcase Karmal - Laundry Bar, The Curve
Warner Music Malaysia dan Mixology Music telah melancarkan album sulung dari Karmal yang bertajuk “Appreciate”.

Sempena pelancaran ini, mereka telah mengadakan showcase Karmal bertempat di Laundry Bar, The Curve buat peminat dan masuk adalah PERCUMA.

Karmal sudah lama berkecimpung dalam bidang hip-hip ini menggunakan bakat dan kelebihan dirinya dalam menulis lirik lagu yang turut dibantu oleh beberapa artis hebat seperti Dj Fuzz, Altimet, Achap Salammusik dan ramai lagi.

Album ini dikarang sendiri oleh Karmal bersama DJ Fuzz, Sonaone dan Aziquebeats.

Kehebatan Karmal terbukti apabila single “Party Sampai Pagi” atau lebih dikenali sebagai PSP mendapat sambutan hangat terutama peminat hip-hop remaja

Showcase Karmal Appreciate Laundry Bar The Curve
Menurut Karmal,

Album ini mempunyai nilai sentimental buat diri beliau, kerana ianya didedikasikan khas buat arwah neneknya yang banyak membantu Karmal bukan sahaja dalam muzik tetapi dalam kehidupannya juga.

Walaupun ianya merupakan album sulung, tetapi Karmal pernah menerbitkan 3 “online mixtape” dimana beliau telah berkerjasama dengan Joe Flizzow, Linda dan Diana Rafar, Sonaone, Nadhira dan juga Wizzow dari Indonesia.

Pada tahun 2011, Karmal telah melancarkan EP pertamanya yang berjudul Bangkit dan mendapat pencalonan dari JUICE untuk Best Local Act 2011.

Anda boleh ikuti laman sosial beliau – twitter/instagram/youtube : itskarmal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments