Pengarah Filem Veteran Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia

dato jamil sulong

Takziah diucapkan buat Allahyarham Datuk Jamil Sulong, pengarah filem veteran yang telah meninggal dunia pada jam 9.35 malam tadi.

Allahyarham yang menghidap angin ahmar dimasukkan ke hospital pada 28 Ogos yang lalu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada esok selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik.

Antara filem-filem Allahyarham seperti Lela Manja dan Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Bersiong, Bidasari dan  Rantau Sepanjang Jalan.

Allahyarham juga turut dikenali sebagai penulis lirik bagi lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Allahyarham yang berusia 88 tahun meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya. Al Fatihah.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments