Ribbit Filem Animasi Yang Menyeronokkan

filem animasi ribbit

KRU Studios sekali lagi menghasilkan sebuah filem animasi baru dibawah anak syarikatnya, Kartun Studios bertajuk Ribbit.

Filem ini mengenai krisis identiti yang dialami oleh seekor katak. Filem ini juga memenangi anugerah Filem Keluarga Terbaik di Canada pada 21 Jun lalu.

Filem ini merupakan ilham, Norman Abdul Halim yang ditampilkan dalam dwi bahasa. Versi bahasa Melayu dialih suara menggunakan suara selebriti seperti Elfira Loy, Awie, Johan Raja Lawak, Datuk Aznil Nawawi, AR Badul, Izzue Islam, Shafirah Sakinah dan beberapa lagi.

Ribbit mengisahkan tentang seekor katak, Ribbit mengalami krisis identiti pergi mengembara ke dalam hutan dalam mencari hala tuju hidupnya dan ditemani oleh seekor tupai yang boleh terbang.

Keduanya hidup di dalam hutan Amazon. Ribbit mempunyai sikap pelik dimana dia tidak suka melompat dan tidak suka pada air seperti katak-katak lain. Malah Ribbit sentiasa berangan menjadi putera raja.

Filem ini telah pun menemui penonton 4 September lalu. Pastinya anda tidak akan melepaskan untuk menyaksikan filem animasi menyeronokkan ini.  Jom tonton, bawa keluarga dan anak-anak. Pastinya menghiburkan anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments