Shae Terima Anugerah Platinum Berkembar x5

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething telah berjaya menggegarkan industri muzik Malaysia dengan memiliki auranya tersendiri.

Lagu “Sayang” ini mudah di terima oleh masyarakat Malaysia berbanding di Indonesia dengan lagunya yang bertemakan cinta remaja dan alunan yang “catchy” ini mudah menjadi siulan remaja.

Ianya telah terbukti bahawa lagu “Sayang” mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia.

Impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat pelbagai video ‘parody’ yang menjadi tontonan umum di antaranya adalah ‘parody’ dari Meletop, VitaminBie, Kylerul Donghae dan ‘parody’ yang paling berjaya mencuit hati para ‘youtubers’ adalah dari Bobo yang mencecah 1,775,641 tontonan.

Shae Anugerah Platinum Berkembar x5

Shae yang memiliki auranya yang tersendiri telah menambat hati para peminatnya melalui lagu “Sayang” hasil ciptaan Posan Tobing dan telah berjaya meraih penjualan “ring back tone” digital melebihi 1,000,000 unit.

Di atas pencapaian yang amat gemilang ini Warner Music (M) Sdn Bhd dengan bangganya menyampaikan Anugerah Platinum Berkembar x5.

Saya tidak pernah sangka untuk mendapat anugerah Platinum bagi lagu ini. Namun apa yang membuatkan saya betul-betul bahagia adalah dapat kembali ke Malaysia.

Saya dapat berjumpa dengan peminat saya pernah ketemu dahulu dan yang belum pernah bersua lagi.

Sementara itu, Shae juga baru pulang dari Filipina untuk proses penghasilan lagunya yang terbaru. Namun Shae mahu mengekalkan projek ini sebagai rahsia buat masa sekarang.

Memiliki rupa paras kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) ini turut memberi tuah buat Shae apabila beliau juga sering menerima tawaran dalam bidang peragaan dan juga lakonan.

Apatah lagi dengan kejayaan lagu “Sayang” membuatkan beliau lebih di kenali dan ianya telah memberi ruang yang banyak di Malaysia serta mendapat banyak jemputan dan tawaran dalam rangkaian promosi yang telah diaturkan oleh Warner Music (M) Sdn Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments