Sharnaaz Ahmad Intim Dengan Model Sharifah Anis Al Idrus

Sharnaaz Ahmad Model Sharifah Anis Al Idrus
Sharnaaz Ahmad akhirnya mengaku mengenai hubungan istimewanya bersama pelakon baharu dan model, Sharifah Anis Al Idrus. Sekali gus menamatkan spekulasi yang timbul sejak Ramadan lalu.

Berita gembira ini disambut bahagia di kalangan peminatnya, tidak kurang juga mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Namun, di sebalik berita gembira itu, timbul pula kontroversi mengenai gambar mesra mereka berdua yang dirakam ketika majlis ulang tahun kelahiran Sharnaaz ke-29 pada 30 Ogos lalu.

Gambar pasangan ini yang dikatakan merangkul pinggang masing-masing dilihat tidak manis apatah lagi Anis amat sinonim di kalangan ‘hijabister’.

Malah, imej bertudungnya itu memberi persoalan hebat di kalangan peminat mengenai tindakan mereka berdua yang dilihat kurang bersesuaian.

Bagaimanapun, Sharnaaz mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.

Sharifah Anis Al Idrus

Anis Al Idrus merupakan model dan pelakon beberapa drama termasuk Gemersik Kalbu, Walit Walid, Selamat Malam Kekasih, Tangisan Bulan Madu 2, Dan Bila Esok serta Cuak.

Selain berlakon, pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) ini, merupakan usahawan tudung online, Nish.

Malah, anak kelahiran Kota Bharu ini juga pernah bekerja selama setahun sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments