Sinopsis Drama Bersiri Pulang Sayang Lakonan Memey Suhaiza Dan Syed Aiman

drama-pulang-sayang

Sebuah lagi drama menarik Pulang Sayang ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia yang menampilkan pelakon seperti Memey Suhaiza, Syed Aiman, Beego, Wan Nor Azlin, Adibah Yunos, Firr Affandi, Mustapha Kamal, Idris Mat Diah, Raja Ema, Zila Bakarin, Linda Hashim dan Syatilla Melvin.

Pulang Sayang mrngisahkan tentang Yusof , lelaki pertengahan usia yang bimbang akan sikap anak lelakinya, Aidil dalam menguruskan perniagaannya. Aidil seorang yang suka berpoya-poya dan menyerahkan segala tugasan kepada orang bawahannya termasuk Aliyah dan  Azman.

Yusof pula tiada pilihan dan menyerahkan tugas pengurusan dan kewangan kepada Azman. Anak sulungnya pula, Firdaus masih menuntut di UK. Disebabkan itu, Yusof memberi kepercayaan kepada Aliyah untuk tugas-tugas operasi dan pelaksanaan projek.

Aliyah melakukan kerja-kerja dengan baik. Begitu juga dengan Azman. Namun begitu, Sharifah Sofea, isteri kepada Yusof tidak berpuas hati dengan Azman. Malah tidak merestui perkahwinan anaknya Laila dan Azman. Azman berasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya dan sedaya upaya mencari jalan keluar.

Aliyah pula tidak senang dengan sikap Aidil yang suka berpoya dengan ramai wanita. Walaupun begitu, Aidil bersikap baik terhadap Aliyah. Ini menyebabkan Dhia, teman wanita Aidil mengesyaki mereka da hubungan tetapi Aliyah menafikannya.

Firdaus pulang ke tanah air dan mengubah keadaan syarikat. Firdaus seorang yang tegas berbeza dengan Aidil. Firdaus seorang yang serius dengan tugasnya dan agak kasar.

Aliyah bertugas dibawah Firdaus, namun sikap Firdaus yang agak bossy membuatkan Aliyah berasa terkongkong. Aliyah cuba bersikap tegas dengan Firdaus namun Firdaus lebih tegas darinya.

Firdaus pula mula jatuh cinta denga Aliyah. Aliyah pula sudah menerima cinta Aidil kerana Aidil sudah menjadi lelaki yang baik selepas mengalami kemalangan yang membabitkan mereka bedua. Hal itu telah menyebabkan Firdaus menjauhi Aliyah.

Aliyah dan Aidil berkahwin namun mertuanya berniat jahat terhadap Aliyah kerana dendam lamanya pada ibu Aliyah. Aidil pula kembali kepada sikap lama yang suka berpoya-poya. Keadaan ini menyebabkan Aliyah tertekan dan Firdaus muncul kerana bersimpati dengan nasib Aliyah.-kredit budiey.com

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Jangan lupa saksikan drama 26 episod bermula 23 September ini pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 mala hanya di TV2. Pulang Sayang merupakan drama terbitan Bright Network Sdn Bhd.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments