Sinopsis Drama Kasih Berbisik Lakonan Keith Foo Dan Remy Ishak

keith foo

Sebuah drama menarik bertajuk “ Kasih berbisik “ akan menemui penonton pada 1 Oktober ini hanya di TV3 dan Media Corp.

Drama sebanyak 13 episod itu akan disiarkan pada setiap Rabu jam 9.00 malam di TV3 dan 9.30 malam di Media Corp.

Kasih Berbisik mengisahkan Imran, seorang arkitek mengikut kawannya Andi ke Bali, Indonesia untuk mencari idea baru dan peluang kerjasama di sana. Andi seorang juru gambar tertarik dengan keindahan seni pulau termasuk seorang wanita bernama Sulastri dan seni tariannya. Andi menjadi obsess dengan kelembutan tarian Sulastri. Imran juga terpegun dengan kehalusan tarian Sulastri.

Dalam masa yang sama, Sulastri juga menghadapi masalah cinta dengan kekasihnya Dharma yang didakwa melakukan jenayah rasuah dan akan dipenjarakan. Dharma berasa menyesal dan akan berubah apabila dia bebas nanti.

Andi dan Imran pula semakin rapat dengan Sulastri. Berputik cinta antara Imran dan Sulastri. Imran akhirnya berkahwin dengan Sulastri tanpa mengetahui Imran sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai isteri bernama Nora.

Selepas 5 tahun, Imran masih menyimpan rahsianya. Malah mereka juga telah dikurniakan anak bernama Eka. Suatu jati, Sulastri terlibat dalam kejadian sehingga menyebabkan dia mati. Kejadian tersebut menyebabkan hidup Imran huru hara dan membawa Eka ke Singapura.

remy ishak

Nora yang mengetahui perkara yang sebenar berasa kecewa dan berubah menjadi panas baran. Imran menjadi murung dan terlibat dalam kemalangan. Mak Jah, ibu Imran membawanya balik ke Perlis untuk mendapatkan rawatan.

Di Perlis, Tina yang merupakan sepupu Imran yang belajar dalam bidang perubatan mengambil kesempatan untuk membuktikan cintanya pada Imran.

Dharma pula yang sudah dibebaskan berdendam dengan Imran dan mahu memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan seorang wanita bernama Lily yang wajahnya seiras Sulastri.

Drama Kasih Berbisik menampilkan pelakon 3 negara iaitu Keith Foo, Tasha Shila dan Remy Ishak dari Malaysia,  Nurul Ain dan Nick Mikhail dari Singapura dan Demmy Febriana, dari Indonesia. – kredit budiey.com

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan drama ini hanya di TV3 dan Media Corp bermula 1 Oktober ini. Selamat menonton.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments