Sinopsis Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

fahrin ahmad

Sebuah lagi drama bersiri menggantikan drama Rindu Awak 200% bertajuk Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zeel Production. Skrip dari Mufid Shihaimi Bahaudin.

Menampilkan pelakon seperti Fahrin Ahmad, Sara Ali, tasha Shila, Ika Nabila, Amy Mastura dan ramai lagi.

Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengisahkan Luqman, seorang graduan luar negara menjadi pengawal peribadi Melina atas permintaan Datuk Zakri dan Datin Maziah.

Melina seorang yang gemar bersosial dan menghabiskan masa di kelab dengan kawan-kawannya.  Kerap pulang lewat dan mabuk. Walaupun begitu, Melina tetap menjaga kehormatan dirinya.

Luqman pula masih menunggu panggilan untuk bekerja. Sementara itu, Luqman menolong ibu bapanya, Pak Rashid dan mak Alia di kebun.  Sarah pula menyimpan perasaan terhadap Luqman.

Datuk Zakri pula hilang sabar dengan sikap Melina dam menyekat sumber kewangan Melina.

Datuk Zakri kemudian berjumpa Pak Rashid kerana ingin meminta tolong daripad Luqman. Datuk Zakri meminta Luqman menjadi pemandu dan pengawal peribadi Melina. Luqman menerima tawaran tersebut.

Melina menganggp Luqman sebagai orang kampung dan membantah keputusan ayahnya itu. Suatu hari, Datuk Zakri meninggal dunia dalam kemalangan. Datuk Zakri sempat meninggalkan wasiat supaya Melina dikahwinkan dengan Luqman. Muncul pula Zieta yang cuba menghancurkan rumahtangga mereka.

Ingin menyaksikan kesudahan drama ini, jangan lupa saksikan Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7.00 malam di slot Akasia di TV3.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments