Sinopsis Filem The Maze Runner

Sebuah lagi filem menarik untuk ditonton, The Maze Runner di pawagam berdekatan anda. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel popular 2009, hasil penulisan James Dashner. Filem The Maze Runner diarahkan oleh Well Ball dan turut mendapat sentuhan dari James Dashner dan Grant Pierce Myer merangkap penulis skrip.

The-Maze-Runner-Movie

Filem ini mengisahkan tentang Thomas, seorang remaja lelaki yang bangun dari sebuah lif dan tidak dapat mengingati apa-apa kecuali namanya.

Dalam dunia itu, lebih 60 remaja hidup dalam serba kekurangan dan melakukan kerja pertanian. Tempat mereka tinggal juga terhad kerana dikelilingi mez ( maze ).

Thomas cuba menyesuaikan dirinya dengan keadaan itu dan berusaha mengrungkai misteri menerusi ayat “ W.I.C.K.E.D” yang sering muncul dalam mimpinya. Muncul pula seorang gadis bernama Teresa yang memberinya klu untuk keluar dari dunia itu.

Thomas berusaha merungkai misteri tersebut dan dia dibantu oleh gladers walaupun terpaksa melanggar peraturan. Namun begitu, semakin banyak peraturan yang dilanggar, semakin banyak masalah muncul dan meragut nyawa beberapa orang dikalangan mereka.

the maze runner

Filem The Maze Runner ini dibarisi pelakon seperti Thomas Sangster, Will Poulter, Aml Ameen, Ki Hong Lee, Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, dan Blake Cooper.

Filem ini juga dilihat mempunyai persamaan dengan filem Hunger Games lakonan Jennifer Lawrence.- kredit Sinar Harian

Bagi anda, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem menarik ini dipawagan berdekatan.

The Maze Runner
PENGARAH: Wes Ball
GENRE: Thriller, Sains Fiksyen, Misteri
DURASI: 1 jam 53 minit
PELAKON Thomas Sangster, Will Poulter, Aml Ameen, Ki Hong Lee, Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, dan Blake Cooper.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments