Syarif Sleeq Bakal Berkahwin 22 November Ini

syarif sleeq

Tahniah Hyebro ucapkan kepada penyanyi Syarif Sleeq yang bakal mendirikan rumah tangga pada 22 November ini dengan gadis piliihan hatinya, Malaque Mahdaly.

Syarif memberitahu kini dia dan tunangnya itu sedang menyiapkan persiapan perkahwinan mereka tanpa bantuan orang luar.

Syarif turut memberitahu bahawa dia akan mengadakan tiga majlis dalam satu hari di sebuah dewan di Singapura.

Syarif dan pasangan sebelum ini mengikat tali pertunangan pada awal tahun 2012 yang lalu.

Sementara itu, Syarif juga bakal muncul dalam drama Hanya Satu bergandingan dengan pelakon Kilafairy pada  15 september ini. Drama itu disiarkan menerusi lawan web Tonton Music www.tontonmusic.com.my. – sumber Astro Gempak

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments