TGV Cinemas MovieClub!

Baru-baru ini TGV Cinemas telah melancarkan program loyalti –TGV Cinemas MovieClub!

TGV Cinemas Movie Club
TGV Cinemas MovieClub merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengalaman menonton wayang dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami untuk memilih TGV Cinemas sebagai pawagam pilihan mereka.

Terbuka kepada semua penonton wayang di Malaysia, dimana ahli boleh menerima hadiah penyertaan, hadiah hari jadi, MovieMoney, jemputan khas untuk tayangan perdana dan banyak lagi!

Daftar sekarang sebagai ahli dengan yuran sebanyak RM28.

Selepas pendaftaran, setiap ahli akan menerima hadiah penyertaan yang terdiri daripada dua tiket wayang percuma dan satu set popcorn biasa. Ahli-ahli MovieClub juga akan dapat menikmati faedah-faedah berikut, dengan jumlah bernilai RM68:

  • Hadiah Hari Jadi : Dua tiket wayang percuma dan satu set popcorn biasa pada bulan hari jadi mereka
  • Jemputan khas untuk tayangan perdana dan pratonton
  • Keutamaan tiket kepada ahli sahaja
  • Maklumat terkini tentang filem melalui TGV Cinemas e-Newsletter

Untuk maklumat lanjut mengenai TGV Cinemas MovieClub, anda boleh layari www.tgv.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments