The Purge: Anarchy Kisah Jenayah 12 Jam Yang Mendebarkan

The Purge Anarchy

Filem The Purge kini kembali lagi dengan sekuel The Purge: Anarchy yang menampilkan pelakon seperti  Zach Gilford, Michael K. Williams, Frank GrilloCarmen Ejogo dan Kiele Sanchez.

The Purge : Anarchy mengisahkan Shane dan Liz, sepasang suami isteri yang telah kehabisan minyak ketika memandu untuk pulang ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan tersebut, waktu itu juga merupakan waktu “pembersihan” dan penyerang bertopeng mula berkeliaran.

Leo mengambil peluang membalas dendam terhadap penbunuh anaknya, Brandon Keener. Manakala Eva dan Cali terpaksa melarikan diri selepas penyerang menghancurkan rumah mereka.

Pembunuh diberi peluang untuk melakukan pelbagai jenayah seperti menculik, membunuh dan merompak selama 12 jam.

the purge 2014

Filem ini merupakan arahan James DeMonaco. Sebelum ini, The Purge pernah ditayangkan pada tahun lalu, dimana berkisahkan tentang undang-undang Kerajaan Amerika yang meluluskan kejadian jenayah berlaku selama 12 jam pada malam tertentu.

Pada malam itu, kejadian jenayah dianggap bukan satu kesalahan. Malah pihak polis dan hospital juga dilarang membantu mereka yang menjadi mangsa.- kredit Sinar Harian

Pastinya anda tidak sabar untuk menonton filem yang penuh aksi mendebarkan ini. Jangan lupa saksikan filem ini yang sudah pun memulakan tayangan pada 18 September lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments