TV9 Mendapat Periktirafan Penonton

TV9 Mendapat Periktirafan Penonton
Kemenangan hebat tele filem Bila Joyah Dah Goyah yang telah merangkul enam Anugerah dalam Anugerah Lawak Warna 2014 telah membuktikan TV9 menyiarkan program komedi terbaik dan mendapat tempat di hati penonton.

“Homestay Berhantu” yang bersiaran menerusi slot skrin Di 9 pada 8 September lalu juga telah mendapat 2 juta tontonan.

Menampilkan Kumpulan Bocey iaitu Abam, Achey dan Fad sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Izreen Azminda serta Nas-T ternyata berjaya mencuri tumpuan penonton dengan telatah mereka yang menghiburkan.

Slot Shorties yang diperkenalkan TV9 sebagai satu platform kepada pengarah-pengarah muda berbakat untuk menyiarkan karya mereka pada tahun lalu juga semakin mendapat perhatian penonton apabila drama pendek “Pion” juga menerima hampir 700 ribu tontonan.

Dengan itu, TV9 berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada penonton dan akan terus komited untuk menyajikan program-program hanya yang terbaik dan bermutu untuk tontonan semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments