Zed Zaidi Menang Jawatan Presiden Seniman

Zed Zaidi Presiden Seniman
Zed Zaidi berjaya kembali mendapat kepercayaan ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 persatuan itu.

Majlis tersebut telah berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) semalam.

Menurut Zed Zaidi,

Dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.

Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.

Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain.

Zed berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari.

Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

AGM Seniman Ke-14 dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Sementara itu, Zed berkata,

Dia bersyukur apabila melihat pembabitan artis-artis popular pada AGM kali ini yang memperlihatkan golongan berkenaan mahu melihat kebangkitan semula Seniman.

Saya rasa inilah kali pertama melihat AGM Seniman disertai oleh artis-artis popular, bukannya veteran sahaja.

Tambahan pula barisan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) juga dilihat daripada kalangan artis yang pelbagai.

Saya harap agar persatuan ini dapat menjadi kukuh dalam membangunkan industri. Bukan hanya mahu membantu artis-artis veteran yang susah tetapi juga artis baharu yang saya percaya turut mempunyai masalah-masalah tersendiri berhubung industri kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments