AR Tompel Bukan Lelaki Gatal

Ruminah Sidek Dedah AR Tompel Bukan Lelaki Gatal
Ruminah Sidek mengaku bekas suaminya iaitu Allahyarham AR Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita.

Menurut Ruminah,

Watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem Saloma siaran Astro First Eksklusif langsung tidak menggambarkan identiti bekas suaminya itu.

Rasa sedih pula bila tonton telefilem Saloma, watak Tompel sedikit pun tidak sama seperti yang dipaparkan.

Dia bukanlah seorang yang nakal tetapi diakui ramai wanita sukakan dia walaupun dia tidaklah sekacak mana pun.

Ruminah ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris AR Tompel mengenai rasa tidak puas hati dengan paparan watak seniman itu menerusi telefilem Saloma di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Keluarga berkenaan telah menghantar notis bersama tiga tuntutan kepada Astro iaitu meminta pihak penyiar itu menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel dan mengadakan pertemuan bagi proses rundingan bersama pihak penerbitnya, Kus Semangat Aktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments