Diselar Lawak Ke Laut

Muka Cari Makan Lawak Ke Laut
Jika sebelum ini, kumpulan ‘Kami Tuan Rumah’ berjaya mengekalkan kedudukan di carta utama kumpulan A, pola serupa juga boleh dilihat di dalam kumpulan B apabila kumpulan ‘Muka Cari Makan’ sekali lagi mengungguli carta liga.

Corak kemenangan dan pemarkahan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dilihat kedua-dua kumpulan ini memiliki kelebihan mata bersandarkan undian SMS berbanding pertimbangan markah yang diberikan juri profesional.

Ternyata pelbagai faktor harus di ambil kira kerana lawak merupakan sesuatu yang subjektif dan setiap peserta memiliki kualiti dan peminat masing-masing.

Disebalik pesona peserta ‘senior’, Uncle Jo, 52 tahun yang seringkali membuat para penonton tercuit hati dengan gelagatnya, beliau tetap menerima kritikan daripada juri. Antara punca teguran tersebut adalah kegagalan memahami situasi sketsa yang diberikan hingga disifatkan lawak ke laut.

Memberi pandangan telus, Ellie Suriati selaku juri undangan malam itu berharap Uncle Jo menerima pandangannya secara positif bagi mempertingkatkan lagi mutu persembahan kumpulan itu yang turut dianggotai Naz Rahman dan Pian (Kepoh).

Selain Ellie, Cat Farish turut menyertai barisan panel juri menggantikan Erma Fatima buat seketika di samping juri tetap Khir Rahman.

Khir Rahman juga pernah memberikan ulasan hangat dalam persembahan episod empat sebelum ini.

Walaupun rancangan ini bertujuan untuk menghiburkan tetapi para peserta harus ambil serius apabila sudah berada di gelanggang.

Ini merupakan persembahan mereka yang kedua sepatutnya lebih fokus dan bertenaga.

Malah orang awam dan artis pun tidak dilihat berbeza.

Minggu hadapan bakal memberikan peluang untuk kumpulan A membuktikan keupayaan mereka kerana Liga Lawak Superstar musim 2 bakal memulakan sesi penyingkiran untuk persediaan pusingan separuh akhir.

Dalam perkembangan lain, penonton di rumah juga boleh mencabar sebarang kumpulan yang bertanding untuk melakukan denda atau hukuman dengan menggunakan #ligalawak beserta #tweetdare menerusi akaun Twitter.

Cabaran yang terpilih dan telah dilaksanakan boleh disaksikan menerusi http://apps.tv3.com.my/ligalawak/

Teruskan menonton Liga Lawak Superstar musim 2 setiap hari Ahad jam 9.00 malam eksklusif di TV3 dan ulangannya pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments