Emma Maembong Berpurdah Bukan Sebab Nak Elak Diserbu Peminat

emma maembong bertudung

Pelakon Emma Maembong memberitahu dia berpurdah pada waktu tertentu mengikut keselesaan.

Ujar Emma, dia rasa seronok untuk mencuba dan terpulang pada mood ketika itu. Emma bagaimanapun menafikan bahawa dia memakai purdah kerana mahu mengelak dari diserbu peminat.

“Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian,” Dipetik dari mStar Online.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail turut berkata, dia terkejut kerana ada juga peminat menyapanya dan mahu mengambil gambar. Kata mereka, dia boleh dikenali dengan mata sahaja walaupun berpurdah.

Perkembangan terkini, Emma menjalankan perniagaan menjual tudung iaitu Hijab by Emma Maembong dan merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya itu.- Mstar Online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments