Farhan Juara Da’i Musim Kedua

Farhan Juara Dai Musim Kedua

Tahniah buat Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad yang telah dinobatkan sebagai juara Da’i musim kedua.

Nik Ahmad Farhan membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Nik Ahmad Farhan merupakan seorang pelajar Universiti Malaya telah menewaskan finalis Ahmad Izzhar Ahmad Nazrul dan Ammar Ismail.

Farhan sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat masalah paru-paru.

Saya menangis kerana teringatkan Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika berjuang menegakkan syiar agama Islam.

Namun dalam keadaan saya sekarang kerana dakwah agama itu berjaya membawa saya sehingga bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai lumayan.’ujar Farhan sempena dengan kemenangannya

farhan

Da’i Farhan yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan, turut membawa pulang hadiah sampingan berupa tajaan pakej Umrah sumbangan Clixter Mobile dan Myrezqi Sdn. Bhd.

Trofi sumbangan Langkawi Crystal, Amanah Saham Pendidikan sumbangan Permodalan Nasional Berhad, barangan hiasan sumbangan Little Egypt, cenderahati dan kontrak bersama TV3 yang secara keseluruhannya berjumlah RM100, 000!.

Da’i Farhan telah menewaskan dua lagi finalis iaitu Da’i Ammar (Ammar Bin Ismail, 25 tahun) dan Da’i Izzhar (Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri, 22 tahun) dengan penyampaian yang jelas, bersahaja dan cukup mudah untuk difahami oleh para juri dan juga para penonton tidak kira yang hadir ke Sri Pentas 2 dan juga penonton di rumah.Tirai

Tahniah sekali lagi Hyebro ucapkan.Semoga Farhan terus berjaya di masa akan datang. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments