Filem Anak Jantan Lakonan Farid Kamil Dan Nora Danish

Anak Jantan

Grand Brilliance kini tampil dengan sebuah filem aksi bertajuk Anak Jantan yang menampilkan pelakon popular Farid Kamil, Nora Danish, Dato’ Rahim Razali dan Bront Palarae.

Filem Anak Jantan diarahkan oleh Faizal A Rashid dan skrip diubah oleh Opie Harris dari idea asal Latiff Mohaiden.

Anak Jantan mengisahkan Darin ingin melupakan masa silap dan memulakan kehidupan baru bersama kekasihnya, Nara. Mereka telah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru

Bagaimanapun, kebahagiaan mereka tidak lama apabila musuh lama darin, Somchai muncul dan menyebabkan Darin terpaksa berdepan dengan kisah silamnya kembali.

Anak Jantan akan memulakan tayangannya pada 30 Oktober 2014.

Bagi anda yang ingin mengetahui kesudahan filem Anak Jantan ini, jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda nanti.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments