Filem Kristy Kisah Pemburuan Misteri

RANDOM

Sebuah filem seram baru menemui penonton bertajuk Kristy. Filem ini diselitkan dengan unsur psikologi di dalamnya.

Dibintangi pelakon seperti Haley Bennett, Ashley Greene, Lucas Till dan ramai lagi.

Kristy mengisahkan seorang remaja bernama Justine dan beberapa orang rakan ingin menghabiskan masa di hostel kolej walaupun ada rakan mereka yang lain telah pulang ke rumah bagi menyambut perayaan Thanksgiving.

Namun akhirnya hanya Justine sahaja yang tinggal dengan seorang pengawal keselamatan yang bertugas. Bagaimanapun, pada suatu malam,  Justine yang hendak membeli barang telah ke Pekan dan bertemu dengan seorang wanita yang telah mengubah kehidupannya.

Wanita yang tidak dikenali itu dan penuh misteri cuba memburunya hinnga ke hostel dan membunuh pengawal keselamatan. Kini tinggal Justine seorang berhadapan dengan wanita tersebut. – kredit Sinar Harian

Apakah yang akan terjadi dengan Justine seterusnya? Siapakah wanita misteri tersebut? Pasti anda teruja untuk menonton filem ini yang penuh dengan misteri ini. Untuk mengetahui kisahnya, jangan lupa saksikan Kristy di pawagam berdekatan anda.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments