GUAKUSTIKA 2014 Cari Bakat Baru

GUAkustika 2014

Portal hiburan dan gaya hidup GUA (www.gua.com.my) sekali lagi bakal menganjurkan showcase GUAKUSTIKA 2014 yang bakal berlangsung pada 23 November 2014 di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Acara tahunan ini merupakan kesinambungan daripada acara yang sama dianjurkan semenjak tahun 2012 dan mendapat sambutan hangat peminat industri muzik tempatan.

Menampilkan kelainan tahun ini, portal GUA mencari bakat baru untuk tampil beraksi satu pentas bersama dengan barisan artis popular tanah air.

Penyertaan kini dibuka kepada bakat baru yang mencari peluang dan ruang untuk berkarya serta boleh menyampaikan nyanyian secara akustik dengan baik.

Untuk menyertai, peserta boleh menghantar pautan rakaman persembahan yang telah dimuat-naik ke laman YouTube ke alamat emel GUAkustika2014@gmail.com menggunakan tajuk ‘Video untuk GUAKUSTIKA 2014’.

10 penyertaan terbaik yang disenarai-pendek akan dihubungi untuk ujibakat bersama penggiat industri muzik tempatan.

3 finalis utama bakal berpeluang membuat persembahan di pentas GUAKUSTIKA 2014 kelak.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:-

  1. Penyertaan sama ada secara solo atau berkumpulan
  2. Peserta / Ahli kumpulan mestilah warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 sehingga 35 tahun
  3. Peserta / Ahli kumpulan tidak pernah mengikat kontrak bersama mana-mana syarikat rakaman
  4. Peserta / Ahli kumpulan tidak pernah merakamkan single atau album secara komersil
  5. Penyertaan hanya diterima melalui penghantaran emel sahaja. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  6. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 6 petang, 17 Oktober 2014.

Ikuti portal GUA menerusi www.gua.com.my dan berhubung di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram (@GUAMalaysia) untuk perkembangan hiburan terkini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments