Izzue Islam Dan Yana Samsudin Jadi Duta Karnival SiniAdaFest

izzue islam

Satu karnival beli belah CommFest : SiniAdaFest 2014 akan diadakan bemula 1 dan 2 November ini di Stadium Malawati yang dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech Mara ( KPTM )

Sempena dengan karnival ini, Pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin telah dipilih sebagai duta “Face of the Fast” bagi karnival tersebut.

Prof Dr Khairul Baharein Mohd Noor yang merupakan Timbalan Naib Conselor Akademik & Perantarabangsaan berkata, pelakon tersebut dipilih bagi mempromosikan karnival tersebut.

Beberapa artis terkenal yang lain juga turut menyertai karnival ini antaranya Neeloofa, Yatt Hamzah, Alyah, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Tasha Mansahar,Diana Amir,  Mila Jirin dan ramai lagi.

diana amir

 

neelofa

Kata Prof Dr Khairul lagi, karnival ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar mengenai industry pengurusan acara dan perhubungan awam yang sebenar.

Ujar Yana, tawaran itu diterima sebagai tanda sokongan kepada kegiatan yang dianjurkan pelajar Malaysia malah akan turut menjual beberapa produk Yana Super.

Bagi Izzue Islam pula, dia sangat berbesar hati menerima tawaran tersebut. – kredit Mstar Online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments