Lebih 100,000 Pengunjung Di Karnival Raudhah Di hatiku

raudhah di hatiku tv9

Karnival Raudhah Di hatiku yang dianjurkan oleh TV9 telah berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung yang diadakan di Pusat Tranformasi Luar Bandar ( RTC ) Kota Bharu, Kelantan.

Karnival itu yang berlangsung selama dua hari pada 26 dan 27 September lalu membawa sedikit kelainan apabila telah mengadakan sebuah program berselawat, Raudhah Mahabbah yang disiarkan secara langsung di TV9.

Program ini diketua Habib Syech Assegaf dan diiringi kumpulan nasyid Al-Mawlid dan kumpulan Hadra.

Karnival ini menampilkan beberapa selebriti yang hadir seperti Ustazah Nadzirah, Ustazah Dr Nik Salida Suhaila, Ustaz Sharhan Shafie, Siti Nordiana, Fazren Rafi dan ramai lagi.

Karnival Raudhah Dihatiku juga akan meneruskan siri jelajahnya di negeri Kedah pada 28 dan 29 November 2014. Kredit – Media Hiburan

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments