Lelaki Harapan Dunia (Men Who Save The World) Official International Trailer

Lelaki Harapan Dunia
Lelaki Harapan Dunia,

Mengisahkan situasi melucu yang berlaku apabila penduduk kampung ingin memindahkan sebuah rumah terbiar dari hutan ke kampung.

Filem arahan Liew Seng Tat yang juga merupakan penulis dan membariskan pelakon seperti Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid and Azhan Rani.

Filem berkisar tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan untuk dipindahkan dari hutan ke kampung bagi Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang bersembunyi di situ.

Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada benda tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar.

Benarkah “hantu” itu “Orang Minyak”?

Filem Lelaki Harapan Dunia akan berada di tayangan umum pada 27 Nov 2014 di pawagam seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments