Maharaja Lawak Mega 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 Peserta
Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada kali ini akan menampilkan pelawak Shiro, Bocey, Nabil dan SYJ manakala Sepahtu menambah seorang lagi anggota iaitu Ilya (Senario).

Pelawak lain yang turut terlibat menggunakan nama kumpulan baharu ialah Virus iaitu Tauke, Yus dan Zizan Razak, Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie), Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey), Sayot (Zam, Filzah dan One) serta Kepoh (Izu, Pian dan Kamal).

Apa…!! No More Jambu..!!

Rahim buat group baru? Harap berfungsi la ek..!!

Sepahtu bergabung dengan otai? Wowwwwww….!!!!

Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014

Dalam pada itu sebanyak 16 peserta iaitu Ekzis, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah empat peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut.

Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 31 Oktober dan 7 November ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.

MLM 2014 masih menggunakan khidmat empat juri tetap iaitu dua dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Sistem penghakiman juga masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2014 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments