Majlis Penikahan Erin Malek dan Farriz Fauzy

Majlis Penikahan Erin Malek dan Farriz Fauzy
Hanya dengan sekali lafaz, Erin Malek akhirnya bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada malam Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof kira-kira pukul 9.12 malam diwalikan oleh bapa Erin.

Pada majlis itu, Farriz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan.

Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Moga ikatan kami suami isteri berkahir sehingga akhir hayat.

Hari ini merupakan hari paling bahagia buat kami

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada malam Sabtu di Hotel InterContinental

Sumber : MStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments