Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah

Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah
Tahniah kami di HyeBro! ucapkan kepada Sharifah Sakinah yang telah mengikat tali pertunangan dengan juruterbang Aliff Adha Jamil dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarganya di Taman Melawati.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek.

Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah (3)

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah (1)

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah (2)

Selepas majlis selesai, Sakinah bersyukur dan lega apabila majlis itu berjalan dengan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Sakinah yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan ini dilalui dengan sempurna.

Walaupun tempoh perkenalan kami hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama. Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi.

Rakan Selebriti Majlis Pertunangan, Sharifah Sakinah
Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015.

Turut hadir pada majlis tersebut beberapa rakan artis seperti Marsha Milan Londoh, Michael Ang, Nad Zainal, Siti Saleha, Liyana Jasmay dan Jihan Muse.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments