Majlis Resepsi Anak Sharifah Aini, Aliff Omar Berlangsung Meriah

aliff omar nikah

Tahniah buat Aliff Omar yang telah selamat mendirikan rumahtangga dengan Nur Athirah Syed Azmi. Aliff Omar merupakan anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Satu majlis resepsi persandingan telah berlangsung dengan meriah sekali yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu lalu.

Seramai hampir 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. Majlis berlangsung pada pukul 12.30 tengahari dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat serta rakan artis.

Antara selebriti yang memeriahkan majlis tersebut ialah Datuk Dj Dave, Joe Flizzow, Azmil Mustapha, M.Nasir, Uji Rashid dan beberapa lagi.

Aliff dan isteri tampil cantik dengan mengenakan busana warna merah jambu. Aliff adalah anak tunggal Allahyarham Sharifah Aini hasil perkahwinannya dengan Ali bakar pada tahun 1981. – Kredit Mstar

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments