Penamat Oh My English! Musim Ke-3

Oh My English! bakal melabuhkan tirainya untuk musim ketiga pada hujung minggu ini.

Episod akhir ini akan disiarkan pada hari Ahad, 19 Oktober 2014, jam 11 pagi secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).

Bukan itu sahaja, episod kali ini juga padat dengan drama tatkala kedengaran bahawa See Yew Soon bakal meninggalkan SMK Ayer Dalam! Tetapi adakah khabar ini benar?

Oh My English Final Season 3
Para peminat Oh My English! Musim Ketiga pastinya tidak sabar untuk mengetahui kesudahan musim ini dan apa sebenarnya yang berlaku di SMK Ayer Dalam.

Namun kenyataannya, salah seorang dari watak kesayangan para peminat ini bakal meninggalkan Oh My English!.

Persoalannya, siapakah watak tersebut? Semuanya akan terjawab dalam episod akhir musim ketiga pada hari Ahad ini.

Telefilemnya Oh My English!

Bagi mereka yang ketinggalan untuk menonton episod-episod sebelum ini dan juga dua telefilemnya; Oh My Ganu! dan Hello America, juga berpeluang untuk menontonnya semula.

Para penonton boleh menyaksikan kesemua babak yang padat dengan pengajian Bahasa Inggeris menerusi Maraton Istimewa Hujung Minggu Oh My English! Musim Ketiga secara berterusan selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu, 18 Oktober dan Ahad, 19 Oktober, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan semula pelbagai gelagat, karenah dan telatah lucu serta rangkaian ilmu pengetahuan yang disajikan.

Para peminat juga boleh berinteraksi secara langsung menerusi Twitter dan Instagram, dan pos-pos yang terpilih akan disiarkan di Astro TVIQ, saluran 610 semasa siaran maraton ini.

Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments