Pencarian Penyampai TOP Malaysia ERA FM

Mencari Penyampai TOP Malaysia sebelum ini dimana Aril telah pun mengambil keputusan untuk memberikan sepenuh tumpuannya dalam bidang nyanyian.

Aril, yang pernah berkidmat hampir 2 tahun, mengundur diri setelah tamat kontrakya bersama ERA fm pada 30 September yang lalu.

Pelbagai kriteria yang telah ditetapkan bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluar ERA fm.

Jika anda fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, mempunyai kebolehan bertutur dengan pantas, spontan dan teratur, juga mempunyai perwatakan yang menarik dan mampu menghiburkan pendengar.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm Nazri Noran,

Sejak Aril telah meninggalkan kami untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian, kami memerlukan seseorang yang mempunyai bakat, kebolehan dan keberanian untuk menjadi salah satu dari ahli pasukan #ERAVENGERS.

Pihak kami mengalu-alukan penyertaan anda warga Malaysia yang memiliki kriteria-kriteria yang di tetapkan serta ingin mencuba nasib menjadi sebahagian daripada kami.

Setakat ini, sambutan cukup hangat apabila kami menerima video-video serta profil yang kreatif.

Pemilihan ke peringkat seterusnya akan dilakukan melalui sesi ujibakat selepas senarai pendek video terpilih di umumkan.

Kepada anda yang berminat, hantarkan profil anda ke laman web ERA di, http://era.fm/Home.aspx atau tunjukkan kebolehan anda dengan memuat naik video uji bakat anda ke Facebook, Twitter atau Instagram ERA fm dengan hashtag #PenyampaiTOPMalaysia.

Video anda haruslah tidak melebihi 15 saat dan anda harus berusia di antara 18 hingga 30 tahun.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan bakat anda dan sertai pasukan #ERAVENGERS sekarang. Penyertaan ini masih terbuka kepada seluruh warga Malaysia sehingga akhir bulan ini!

Jadi, rebutlah peluang ini untuk menjadi Penyampai TOP Malaysia dan menjadi salah satu daripada ahli #ERAVENGERS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments