Program Realiti Shaylanista Oleh SAFI SHAYLA

Identiti integriti wanita muslimah moden, berkeyakinan tinggi dan tidak gentar akan cabaran arus perdana diserlahkan di dalam Cabaran Shaylanista.

Cabaran Shaylanista adalah sebuah program realiti dari SAFI SHAYLA jenama rangkaian produk penjagaan rambut khusus wanita bertudung – Sebuah inovasi kecantikan dari SAFI jenama halal No.1 Malaysia.

Rancangan realiti 8 episod ini telah menerima lebih daripada 4,000 peryertaan dalam masa 2 minggu dan 50 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kem jati diri Cabaran Shaylanista, di Nur Lembah Pangsu, Ulu Langat.

Peserta Program Realiti Shaylanista

Melalui kem tersebut 8 kumpulan yang terdiri daripada 16 orang finalis telah dipilih untuk menyahut pelbagai cabaran yang mana menguji ketangkasan minda, kekuatan fizikal dan emosi bagi memenangi hadiah utama Cabaran Shaylanista berjumlah RM 20,000 untuk kumpulan yang menang.

Para finalis Cabaran Shaylanista dipilih berdasarkan kriteria berikut berhijab, berusia 19 tahun – 30 tahun, berpersonaliti menarik, aktif dan menggemari aktiviti lasak.

Episod pertama Cabaran Shaylanista bakal ditayangkan pada 2 November 2014, jam 9.30 malam di TV9 dan dihoskan oleh Ameera Zaini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Shaylanista layari laman facebook rasmi SAFI www.facebook.com /safi.my, Laman instagram rasmi Safi @Safimalaysia dan saluran youtube Cabaran Shaylanista http://www.youtube.com/user/SAFImalaysia.

Layari www.tv9.com.my juga untuk mengetahui mengenai rancangan Cabaran Shaylanista ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments