Selebriti Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest!

OMG Fest 22 - 24 Oct 2014
Jom ramai-ramai menjayakan Karnival OMG Fest! yang akan berlangsung di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center, di sini, pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Dijangkakan kira-kira 100 peniaga akan turut terlibat dalam acara bagi mengutip dana untuk disalurkan ke Tabung Gaza.

Selain itu, terdapat 10 orang selebriti turut terlibat untuk menjayakannya seperti Nora Danish, Mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee, Bienda, Adam dan Afdlin Shauki.

Menurut pengurus OMG Fest! – Lieza Baharom,

Penganjuran kali keempat ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga dalam talian (online) untuk berniaga sambil membantu mengumpul dana membantu kesengsaraan rakyat Palestin yang diwakili oleh pihak YMC (Youth Movement Change).

Karnival itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta boleh hubungi pihak OMGFest Ventures di talian 011-2626 1656 (Daz) / 019-279 6275 (Liza) atau melalui email enquiry@omgfest.my

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web www.omgfest.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments