Single Terbaru Hunny Madu dan Kayda

Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan dua lagi artis rap wanita tempatan iaitu Hunny Madu dan Kayda.

Gandingan mereka berdua mampu membawa legasi artis artis wanita rap sebelumnya, ini boleh dibuktikan dengan persembahan bertenaga mereka yang telah mereka pelajari sepanjang pengalaman di dalam industri muzik tempatan.

Single Terbaru Hunny Madu dan Kayda

Hunny Madu telah menempah nama di pentas tanah air dengan menyertai pertandingan muzik di sebuah rancangan tempatan berjudul ‘Blast Off’ pada tahun 2004, kumpulan Hunny Madu berjaya masuk ke peringkat akhir dan berada di tempat kedua.

Manakala Kayda pula mendapat bimbingan daripada ibunya sendiri iaitu penyanyi lagenda tanah air Datuk Sheila Majid dan bapanya Datuk Roslan Aziz yang juga aktif dalam industri muzik tempatan sebagai seorang penerbit muzik.

Single Terbaru Hunny Madu & Kayda – ‘Go Hard Or Gostan’ & ‘Gucci Dowh’

Single terbaru mereka ‘Go Hard or Gostan’ mengisahkan perjalanan mereka berdua dalam mengejar impian mereka untuk menulis lagu hip-hop/rap dan sekali gus mengetengahkan kebanggaan masing masing sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kejayaan ‘Go Hard or Gostan’ bukan sahaja di mulut para pendengar malah di corong radio juga, lagu tersebut menempah nama dengan berada No 1 di carta Hitz.Fm selama 6 minggu berturut-turut.

Kehadiran mereka akan memeriahkan lagi industri dengan single terbaru mereka ‘Gucci Dowh’. Kedua dua lagu tersebut boleh didapati secara digital di iTunes, Spotify, dan KKBox pada 14 Oktober tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments