Sinopsis Drama Setitis Kasih Darmia Lakonan Sharnaaz Dan Nelydia Senrose

setitis kasih darmia

Sebuah drama bersiri baru bertajuk Setitis Kasih Darmia kini menemui penonton yang menampilkan pelakon Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad sebagai peneraju utama drama ini.

Disiarkan menerusi slot Ratu di TV9, drama sebanyak 14 episod ini mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Darmia yang telah kehilangan kasih ibu. Dia mula terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak rela apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak dikenalinya. Suaminya itu meninggalkannya kerana maruah tercalar.

Opah dan sepupunya, Haliza memahami keadaan yang berlaku. Darmia kemudian ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dan turut bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah Khairul Amir, majikan Haliza.

Tanpa diketahui Darmia, rupanya majikannya itu adalah suami yang pernah meninggalkannya dulu sehinggalah mereka akhirnya bertemu dan terbongkarlah rahsia antara mereka sebelum ini.

Mereka dahulu pernah bernikah akibat ditangkap khalwat. Ketika itu Khairul Amir cuba untuk menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Selepas bernikah, Darmia ditinggalkan kerana Khairul Amir merasakan dia telah dipergunakan.

Bagaimanapun, Khairul Amir muncul dengan dendam. Namun begitu, terbit rasa kasih pada Darmia walapun dirinya begitu benci akan Darmia.

Drama ini juga turut menampilkan pelakin seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Azizah Mahzan, Dato’ Jalaluddin Hassan, Fauziah Nawi, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Drama ini juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil Naniey TJ. Diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative Sdn Bhd. – kredit budiey.com

Menemui penonton bermula 14 Oktober, setiap hari selasa dan Rabujam 8.30 malam. Jangan lupa saksikan drama menarik ini hanya di TV9.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments