Sinopsis Filem Left Behind Lakonan Nicholas Cage

left behind

Sebuah filem menarik kini kembali bertajuk Left Behind. Filem ini merupakan adaptasi dari sebuah novel bertajuk Left Behind yang dihasilkan oleh Tim LaHaye dan Jerry B Jenkins. Ia merupakan novel yang terlaris berkisarkan tentang kepercayaan agama Kristian beberapa tahun sebelum kiamat.

Menampilkan pelakon Nicholas Cage, Chad Michael Murray dan ramai lagi, Left Behind mengisahkan sekumpulan manusia terselamat apabila banyak manusia dan kanak-kanak hilang secara tiba-tiba. Apa yang tinggal hanya pakaian dan barangan yang mereka bawa sebelum lenyap. Ada kereta yang bergerak sendiri tanpa dikawal kerana pemandunya hilang termasuk la kapal terbang tanpa pemandu.

Seorang juruterbang pesawat jumbo, Rayford Steele juga berdepan dengan situasi mendebarkan apabila penumpangnya serta pembantu juruterbang turut hilang.

Rayford Steela bersama seorang wartawan terkenal, Cameron Buck Williams cuba menenangkan penumpang. Rayford Steele terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang akibat masalah tersebut dan juga kerosakan yang dialami pesawat terbabit.

Anak perempuan Rayford Steele, Chloe yang bergaduh dengan ibunya telah ke pusat membeli belah. Adiknya pula hilang secara tiba-tiba dan menyebabkan Chloe panic mencari jawapan.

Filem ini mengambarkan tentang dunia beberapa tahun sebelum terjadinya kiamat yang mana berjuta manusia telah hilang secara tiba-tiba.- kredit Sinar Harian

Ingin tahu kesudahan filem ini? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem lakonan Nicholas Cage ini di pawagam berhampiran anda.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments