Siri Jelajah Malaysia SUPERLAWAK FC 2014

siri jelajah superlawak FC

Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Artis Management menganjurkan satu siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014 yang telah bermula pada 27 September lalu sehingga 26 Oktober ini.

Jelajah Malaysia Superlawak FC ini akan menyaksikan perlawanan bola sepak diantara bekas pemain negeri-negeri terpilih dan beberapa selebriti tempatan.

Jelajah Malaysia Superlawak FC juga mendapat sokongan radio Sinar FM sebagai penyiar radio rasmi dan akhbar Berita Harian. Admiral juga turut menjadi pakaian sukan rasmi Superlawak FC.

Harga tiket untuk masuk hanya RM10.00 sahaja bagi orang dewasa manakala untuk kanak-kanak dibawah 10 tahun adalah percuma. Mereka yang membeli tiket ini juga berpeluang untuk memenangi hadiah melalui sesi cabutan bertuah.

Program ini bermula pada jam 4.00 prtang dan tamat pada 12.00 tengah malam. Penonton yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis dan berpeluang beramah mesra dengan mereka.

Antara artis yang terlibat dalam Jelajah Malaysia Superlawak FC ini seperti Johan Era FM, Along Cham, Dato’ AC Mizal, Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Jep Sepahtu, Ajak Shiro, Achey Bocey, Fad Bocey dan ramai lagi. – kredit Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments