Sofi Jikan Tolak Tawaran Berlakon Filem

sofi-jikan

Pelakon Sofi Jikan memberitahu dia menolak tawaran berlakon filem dari syarikat produksi lain dan hanya berlakon dalam filem arahannya sahaja.

Sofi berkata begitu kerana sudah bosan dengan keadaan industri filem yang tidak banyak berubah dan watak yang diberikan stereotaip.

Sofi sebelum ini pernah memberitahu mahu meninggalkan dunia lakonan kerana kecewa dengan layanan yang diterima sejak bergelar pelakon.

“Saya sudah penat asyik membawakan watak sama sehingga ada yang memandang negatif terhadap saya dan sudah tiba masanya saya sendiri mengubah keadaan tersebut” – dipetik dari Mstar Online

Perkembangan lain, Sofi sendang mengarahkan filem Gangster Rock Kasi Sengat yang merupakan filem pertama arahannya. Peluangnya mengarah filem ini akan digunakan sebaik mungkin dan akan membuktikan kebolehannya itu.

Filem ini merupakan usaha bersama Yusof Kelana dan YKS Film Maker Sdn Bhd ( Serina Redzuwan ). Filem ini juga turut mendapat geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional ( Finas ) sebanyak RM400,000.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments