Tasha Manshahar Buka Bisnes Online

Tasha Manshahar
Tasha Manshahar kini mula menjinakkan diri dalam perniagaan.

Tabiatnya yang gemar menghabiskan duit dengan membeli belah secara dalam talian membuatkan beliau ingin menceburi perniagan secara Online.

Pernah satu ketika beliau pernah menghabiskan hampir RM700 ketika membeli beberapa barang di dalam talian tanpa disedari.

Saya memang suka shoping online, kadang-kadang hampir RM700 kerana saya sendiri seperti tidak sedar sudah membeli banyak barang.

Sebab itu saya terfikir untuk cuba berniaga secara online terutama menjual selendang, tudung, kain dan baju dengan jenama saya sendiri.

Bisnes beliau yang baharu dua bulan dijalankan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan pengikutnya di laman sosial. Tasha juga turut menyertai beberapa karnival jualan yang dianjurkan setiap hujung minggu.

Ramai peminat yang bertanya tentang tudung dan baju yang saya pakai, jadi bila ada produk saya sendiri ia lebih baik.

Setakat ini sambutan sangat baik terutamanya dikalangan pelajar-pelajar kolej, saya juga sering terlibat dengan karnival jualan untuk peniaga online yang selalu dianjurkan setiap hujung minggu.

Walau bagaimanapun,

Bisnes ini adalah sebagai pendapatan sampingan selain bidang nyanyian. Dalam masa yang sama, beliau juga tidak terlalu berharap untuk berada lama dalam industri muzik ini.

Saya sedar sebagai penyanyi kita tidak selalu akan berada di tempat yang selesa dan keraan itu juga saya jadikan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan.

Alhamdulillah

Kami di Hye Bro nampak sejak kebelakangan ini, ramai selebriti sudah mula menjalankan perniagaan mereka sendiri. Walaupun secara kecil-kecilan mahupun secara online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments