Top 9 finalis Pencari Penyampai Top Malaysia ERA FM

Penyampai Top Malaysia
Ujibakat pencarian Penyampai Top Malaysia, ERA fm sudahpun berakhir, namun perjalanan bagi 9 orang calon yang terpilih ke peringkat terakhir baru sahaja bermula!

Sesi temuduga yang berlangsung pada hari Sabtu 18 Oktober lalu menyaksikan 50 orang calon yang terpilih daripada lebih 1000 penyertaan hadir mencuba nasib dan menampilkan bakat masing-masing untuk tampil sebagai PenyampaiTopMalaysia.

Peserta di uji dari pelbagai sudut termasuk perwatakan, penampilan, dan gaya penyampaian yang menarik. Daripada yang hadir, 25 orang telah disenarai pendek oleh panel juri yang terdiri daripada Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm , Shac , Eksekutif Muzik dan Adly selaku Penerbit Eksekutif Hlive.

Ujibakat pencarian Penyampai Top Malaysia
25 orang calon yang terpilih pada temuduga hari Sabtu pula, dikehendaki melalui satu lagi sesi ujibakat pada Isnin 20 Oktober dimana para calon akan diuji dengan lebih mendalam dalam kebolehan dan keupayaan mereka untuk berbahasa dan menyampaikan maklumat secara kreatif, padat dan spontan.

Tamat sahaja sesi berkenaan, 9 orang calon yang berjaya mempamirkan bakat dan ketrampilan masing telah pun terpilih untuk menjadi antara Top 9 yang bakal menduduki pusingan akhir PenyampaiTopMalaysia.

Top 9 finalis yang terpilih bakal menjalani program latihan intensif di ERA fm di mana para calon akan diberikan beberapa tugasan bagi mengemukakan idea-idea kreatif dan diberi peluang untuk keudara secara langsung bagi menguji kebolehan dan beupayaan mereka untuk mara ke peringat kemuncak bergelar Penyampai Top Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments