Virus – Zizan Sertai Jambu dalam Maharaja Lawak Mega 2014

Virus - Zizan Sertai Jambu dalam Maharaja Lawak Mega 2014
Zizan Razak akan bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang.

Walau bagaimanapun, Zizan meletak beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung.

Antara syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi.

Ianya dinyatakan sendiri oleh Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri

Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM.

Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting.

Pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yang tidak membawakan lawak slapstik.

Dalam pada itu, menerusi nama Virus juga, mereka akan menyampaikan persembahan yang berbeza dengan idea yang lebih segar.

Saya percaya ramai yang tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud.

Dan saya mengakui pengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan peminat-peminat Zizan dengan peminat kami.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Sumber : Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments