Wafa Abdul Kadir Jalani Pembedahan Betulkan Tulang Leher

wafa selamat jalani pembedahan

Pelakon yang juga penerbit Wafa Abdul kadir telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi membetulkan tulang lehernya akibat daripada kemalangan dua tahun yang lalu.

Pembedahan telah dilakukan dan mengambil masa kira-kira tujuh jam dari pukul 11 pagi.

Pembedahan yang dijalankan di Pusat Perubatan Tropicana telah berjaya dan kini Wafa berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, lega hati saya apabila suaminya memberitahu pembedahan yang dijalani itu berjaya dan keadaannya stabil. Saya difahamkan, besi yang dipasang pada tulang leher Wafa pada dua tahun lalu tidak dimasukkan dengan betul dan kerana itu ia telah memberi kesan kepada organ lain.” Ujar Betty Banafe rakan baiknya. – dipetik dari Mstar Online

Wafa pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan Pasukan Gerak Khas dan pernah menerbitkan filem animasi Budak Lapok.

Semoga Wafa tabah menghadapi dugaan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Wafa kembali sihat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments